Aku bersyukur
kerana Allah telah temukan aku dengan sesuatu yang tidak pernah terfikir di
kotak fikiran aku selama ini…
S
eperti hari-hari biasa, aku membuka kotak
emel. Dari atas ke bawah inbox. Ada emel daripada Air Asia, Zalora dan MAS.
Emel daripada Tuan Zamri, membuat aku berhenti skrol ke bawah.
Aku klik pada subjek emel tersebut dan
membacanya, "Masih ingat saya? Aku sebatang pensil… Memaksa mencari cerita
dari tubuh manusia… Apa hasilnya? Belajar sesuatu? Baik… Ada sembilan sahaja
tempat kosong dalam kelas Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca…" Otakku
ligat berfikir, “Bolehkah aku?”
“Aaah… angan-angan Mat Jenin. Mesti orang
sekeliling akan ketawa.” Aku dalam dilema.
Sekilas terlintas di hati, “Apa salahnya
jika mencuba…” Sambil memejamkan mata dan menekan butang Enter pada telefon
pintar.
“Rm 390 sahaja. Tak muflis pun.” Aku
berkata-kata sendirian.
Pada 20 Mei 2017, aku hadir ke kursus
Tuju dan Tulis yang dianjurkan oleh Tuan Zamri. Memang tidak rugi pun. Aku
dibimbing oleh Tuan Zamri dan ahli kumpulan.
Aku sudah pandai mengembangkan cerita
walaupun bahasa masih tunggang langgang.
“Tulis, langgar dan edit,” kata-kata Tuan
Zamri terpahat di minda.
Alhamdulillah selepas 6 bulan dari tarikh khursus, aku berjaya menerbitkan buku pertama: CIKGU BACKPACKER
Entri seterusnya Cikgu Shida nak story pula pasal pengalaman Cikgu Shida menerbitkan buku pertama secara self publish dalam tempoh 6 bulan sahaja.
S
|
No comments:
Post a Comment