Aku ke Mydin Senawang membeli belah barang keperluan harian.Tiba-tiba aku teringat kata- kata Tasha kepadaaku tempohari. " Akak boleh pergi ke customer sevice dan tunjukkan kad pengenalan, nanti akak akan dapat point. Bla...bla...bla"
Sebenarnya aku antara minat dengan tidak sahaja apabila Tasha menerangkan aku tentang MSS ( My kad Smart Shopper.)
Dah lama tasha mendaftarkan aku sebagai ahli. Malah aku pernah ikut Tasha ke Persidangan Altifiatte Junction yang diadakan di PICC Putra Jaya.
Hati masih berbelah bahagi. Antara tertarik dengan tidak. Tiba-tiba pagi tadi hati aku tergerak untuk mencuba.
Aku begitu teruja bukan sahaja aku dapat point untuk MSS kad. Malah aku dapat hadiah lagi sekampit beras kg. Aku teruja dengan bungkusannya yang cute. Ha ha kelakarkan aku. Terus aku memberitahu suami, " Bang, lepas ni kita tak payah beli beras lagi. Kita just datang shopping kat sini sahaja. Dapat beras free."
Ha ha nantilah aku ceritakan bagaimana nak dapatkan sekampit beras free atau boleh whatsup aku 0172674129. Boleh juga kalau nak tahu bagaimana nak jana pendapatan dengan Alfiatte Junction.
Ha ha aku ni kaki travel. Boleh dapat diskaun dan point juga untuk kita tempah hotel, flight air asia beli barang secara online. Beras tu pula boleh bawa oversea sebab 11 dec nanti aku akan keluar negara secara back packer. Susah nak dapatkan makanan halal.
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HARIAN. Show all posts
Monday, 4 December 2017
Thursday, 30 November 2017
Cikgu Shida memburu buku genre travelog di Kinokuniya
Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida s.s
Gambar:sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida s.s
Fb: cikgu shida
Tarikh:1 dec 2017
Pagi-pagi lagi Cikgu Shida dan si dara sudah bersiap-siap untuk berbagai urusan.Sesekali balik le rumah ibu di Kuala Lumpur aku tidak melepaskan peluang untuk menyelesaikan beberapa urusan yang tertangguh.
Tambahan pula sekarang ini cuti persekolahan dec 2017. Cikgu Shida tidak melepaskan peluang menghabiskan masa berkeualiti bersama si dara kesayangan. Si dara Cikgu Shida telah menamatkan alam persekolahan. Mungkin tahun depan Cikgu Shida terpaksa berpisah dengan si dara beliau.
Selagi ada mas akan digunakan masa yang ada untuk menghabiskan masa berkualiti agar akan terpahat kenangan manis antara si mama dan si anak.

Saturday, 25 November 2017
Cuti persekolahan 2017
Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S
Fb: Cikgu Shida
Jumaat 24 dec 2017...bermulanya cuti persekolahan. Anak-anak remaja di usia persekolahan merasa begitu teruja. Berbagai rancangan yang telah mereka buat untuk menghabiskan masa cuti mereka.
Bagi keluarga yang berkemampuan akan membawa anak-anak ini bercuti ke luar negara. Bagi yang kurang berkemampuan sekadar bercuti di dalam negara sahaja.
Berkemampuan di sini bukan diukur sekadar dengan wang ringgit sahaja tetapi ukuran juga bergantung kepada masa. Ada ibubapa yang tidak dapat bercuti pada hujung-hujung tahun ini kerana kekangan masa walaupun mempunyai wang ringgit yang melebihi keperluan.
Berbalik semula kepada kepercayaan kita sebagai orang islam, samada kita mampu atau tidak membawa keluarga bercuti pada hujung tahun bergantung kepada rezeki yang Allah kurniakan. Rezeki bukan dari segi wang ringgit sahaja tetapi rezeki juga termasuklah kelapangan masa dan kesihatan yang baik.
Bercuti krluar negara atau sekadar di dalam negara sahaja tak penting tetapi yang pentingnya bagaimana kita menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.
Keluarga yang marwadah dan sakinah juga adalah rezeki dari Allah.
Sebagai warga pendidik,saya ingin menarik perhatian di sini...cuti persekolahan, pelajar sekolah bercuti...adakah cikgu juga turut bercuti!!!
😂😂😂😂😂😅😅😅

Saturday, 11 November 2017
Guru kelas 4IBB
Walaupun Cikgu Shida guru POL, Cikgu Shida mengajar satu kelas sains Tingkatan 4 dan menjadi guru kelas mereka. Alhamdulillah.
Terima kasih 4IBB.
Tinggalkan kenangan manis untuk Cikgu Shida sebelum pencen.
Terima kasih 4IBB.
Tinggalkan kenangan manis untuk Cikgu Shida sebelum pencen.
Friday, 10 November 2017
Aku Guru POL
Dalam beberapa hari tersebut, aku berada
dalam keadaan tertekan. Aku berada dalam dilema andainya aku akan dipaksa
membuat pilihan pencen awal ataupun keluar daripada POL dan menjadi guru biasa.
Sudah hampir tiga tahun aku memegang status POL. Aku merasakan keadaan
kesihatan aku masih belum mengizinkan untuk memegang amanah sebagai guru biasa.
Perkara yang paling aku takuti adalah jika aku tidak dibenarkan mengajar sambil
duduk.
Jika mengajar sambil berdiri, akan
memberi tekanan pada otot perut. Ia akan meyebabkan kesakitan. Sering juga aku
jatuh pengsan apabila terlalu kerap turun naik tangga, mengajar sambil berdiri
dan bercakap dengan kuat.
Aku bertuah kerana pada tahun ini, aku
diberi tugas untuk mengajar satu kelas Tingkatan Empat. Pelajar-pelajar kelas
tersebut berdisplin dan menurut kata. Mereka amat memahami keadaan diri aku.
Daripada sikap mereka, aku dapat merasakan yang mereka menyayangi aku
sepertimana aku menyayangi mereka. Ada kalanya, mereka terlalu manja. Aku
menggalas tugas seorang ibu dan bapa mereka di sekolah. Mereka boleh saja
datang kepada aku untuk mengadu apa saja masalah.
Aku hanya diberi tugas untuk mengajar
satu kelas sahaja memandangkan aku masih memegang status guru POL. Aku mengajar
mereka dengan menggunakan bantuan peralatan moden seperti LCD dan pembesar
suara yang dibeli dengan duit poket sendiri. Aku juga tidak perlukan tenaga
yang banyak untuk mengawal kelas dan aku mampu mengajar mereka sambil duduk
tanpa perlu berdiri. Ini dapat mengelakkan aku daripada menahan sakit dan jatuh
rebah di dalam kelas sepertimana semasa aku belum mendapat status POL.
Thursday, 9 November 2017
Cikgu harus dibedah
"Ok...saya beri cikgu tarikh 20 november, boleh?". soal doktor.
"20 November...saya ada apointment di Spine Clinic."
"Jika begitu kita tukar tarikh...27 december. Pembedahan minor sahaja cikgu.Inshaa allah tiada komplikasi"
Hu hu biar betul doktor ni, pembedahan minor SAHAJA?
Minor atau tidak tetap memberi ketakutan pada diri aku. Aku harap ini pembedahan terakhir bagi diri aku. Nasib baik juga 27 december 2017 sekolah dah bercuti. Jika tidak ianya akan menimbulkan kemarahan pihak pengurusan sekolah seperti pembedahan-pembedahan aku yang lalu.
Takpelah ikut sahaja cakap doktor. 27 November 2017 aku akan menjalani pembedahan minor SAHAJA😅😅😅.
Takpe Cikgu Shida, 27 November 2017 ini kita jalani pembedahan minor SAHAJA then berdoalah agar cepat sembuh. 11 december hingga 21 dec nanti kita berpackbacker ya Cikgu Shida. Kita nimati keindahan alam ciptaan tuhan.
Hu hu Cikgu Shida asyik tulis entri pasal sakit, bila Cikgu Shida nak story pasal kembara pula.Bukan ke Cikgu Shida suka mengembara.
Hu hu cakap sakit tapii kenapa pula story pasal kembara.
Sebenarnya berbackpacker bersama suami dan anak boleh hilangkan stress. Cubalah kalau tak percaya.
Ok entri Cikgu Shida seterusnya cerita pasal kembara pula ya dan tip-tip yang Cikgu Shida akan kongsikan untuk mengembara.
Hospital Rumah Kedua Bagi Aku
Ehmm MC lagi. Asyik muka yang sama sahaja.Rungut Si R yang bertugas membuat relief bagi guru-guru yang tidak datang ke sekolah.
Sakit adalah ujian dari Allah.Aku tidak pernah meminta,Namun aku redha. Aku berpegang pada kata-kata seorang uztaz, Ujian Hidup ini menandakan Allah sayang.Mungkin Allah nak hapuskan dosa kita. Biarlah mulut-mulut jahat itu berkata. Letih nanti, diamlah mereka.
Hari Selasa 7 december, pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk bertolak ke hospital.Hari ini aku tidak ke sekolah.Aduh...cuti lagi.
Mesti ada insan yang tidak berpuas hati.
Namun aku melangkah juga menaiki komuter dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan Dari situ aku menaiki teksi ke HUKM Bandar Tun Razak.
Malam ini aku akan beristirehat di rumah ibu di Bandar Tun Razak
Rutin sebegini sudah lama aku lalui .Sudah melebihi 7 tahun Esok aku akan ke HUKM lagi.
"Saya cadangkan cikgu menjalani pembedahan." Alhamdulillah. Sudah lama ayat tersebut tidak keluar dari mulut seorang doktor.
Setahun sekali aku menjalani pembedahan. Selama 6 tahun berturut-turut.
Bagaimana agaknya perasaan anda dipakaikan pakaian hospital, berbaring diatas katil yang beroda?
Kemudian ditolak ke bilik pembedahan . Mata hanya melihat barisan lampu menghala kesana.
( petikan dari fb tuan Zamri ) ketika beliau menceritakan tentang kisah saya.
Hu hu kenapa tuan Zamri menceritakan kisah saya di dalam fb beliau?
Sabar. Rakan-rakan akan tahu nanti di dalam entri saya yang seterusnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)