Thursday, 30 November 2017

Travelog dari Jakarta ke Bandung.

Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@zalidas.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@zalidas.s

Fb: cikgu shida



Pada Disember 2016, aku ke Jakarta dan Bandung bersama anak dan suami. Seperti biasa, aku  tidak mengambil pakej percutian dengan agensi pelancongan kerana inginkan satu percutian yang santai. Keadaan kesihatan aku yang tidak begitu mengizinkan, tidak membenarkan aku menjalani jadual perjalanan yang begitu ketat. Tujuan utama aku bercuti adalah untuk merehatkan minda dan merapatkan hubungan aku dengan suami dan anak. Masa kami banyak dihabiskan dengan bersantai-santai di bilik hotel.
Mendarat sahaja di Jakarta, kami menaiki bas transit untuk ke Balai Ketibaan. Urusan kastam dan imigresen di lapangan terbang amat mudah. Segala urusan selesai dalam masa yang singkat. Usai urusan kami di kastam dan imigresen selesai, kami terus mencari kaunter Blue Bird Group untuk menyewa kereta. Kami mendapatkan khidmat syarikat ini kerana berpandukan maklumat di internet yang mengatakan jika mahu ke Jakarta sebaik-baiknya gunakan khidmat teksi daripada syarikat ini kerana boleh dipercayai.
Di Jakarta, aku tidak menggunakan khidmat supir (pemandu), walaupun telah siap ditempah awal semasa di Malaysia

No comments:

Post a Comment