Showing posts with label BUKU CIKGU BACKPACKER. Show all posts
Showing posts with label BUKU CIKGU BACKPACKER. Show all posts

Monday, 4 December 2017

Menyerahkan buku CIKGU BACKPACKER ke Perpustakaan Negara Malaysia.

Teks: Sahida Sohor@CikguShida@ Cikgu Backpacker@ Hjh Zalida S.S

Gambar: Sahida Sohor@CikguShida@ Cikgu Backpacker@ Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida

Tarikh : 4 dec 2017

Alhamdulillah BUKU CIKGUBACPACKER telah berjaya diserahkan ke Perpustaakaan Negara Malaysia. Tujuan buku tersebut diserahkan ke Perpustakaan Negara adalah untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan ISBN.

Buku CIKGU BACKPACKER telah berjaya dijual 96 peratus dan kini sedang merancang untuk cetakan kedua dengan penambah baikan. Opps...Cikgu Shida nak berbackpacker dulu ya. Balik dari backpacker baru Cikgu Shida membuat penambah baikan untuk cetakan kedua.

Doakan permintaan untuk cetakan kedua juga laris seperti goreng pisang panas ya.

Buku CIKGU BACKPACKER  menceritakan ketabahan Cikgu Shida sendiri melawan kesakitan dengan cara Cikgu Shida tersendiri. Bersama My Hubby and My Daughter saya  Cikgu Shida mengembara di bumi Allah untuk melupakan kesakitan . Cikgu Shida percaya bahawa kesakotan adalah satu ujian dari Allah yang terkandung hikmah yang terlalu manis untuk dikecapi.



Terima kasih.

`Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@HjhbZalida S.S

Gambar: Hakim Murali

Fb: cikgu shida

Tarikh: 4/12/17


" Siapa tak teruja bila cikgu kesayangan zaman sekolah dulu kini bergelar penulis 😍😍😍. Terima kasih cikgu untuk buku yang istimewa ni. Tak sabar nak baca hasil nukilan cikgu." Hakim Murali.

Hakim Murali adalah pelajar yang saya ajar pada tahun 2003. Pada masa itu hakim berada di tingkatan lima. Saya mengajar hakim mata pelajaran biologi.

Kini hakim merupakan bapa kepada 2 orang anak. Yang terharunya walaupun hakim telah lama meninggalkan bangku sekolah tetapi hakim masih mengingati Cikgu Biologi yang pada ketika itu suka jamu pelajar kelas mereka makan ketam.

Terima kasih Hakim.💓💓💓









Thursday, 30 November 2017

Sambutan di luar jangkaan...Hikmah di sebalik kesakitan.


Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida s.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida s.s

Fb: cikgu shida

Tarikh: 30 November 2017


Alhamdulillah. Bermula dari 0, berakhir dengan sebuah buku dalam tempoh 6 bulan selepas mengikuti bengkel penulisan tuan zamri mohamad. Terimakasih tuan zamri. 

Alhamdulillah, permintaan di luar jangkaan. Akan ada cetakan kedua yang akan ada penambahbaikan.



Blurb:

Setiap satu daripada helaian buku ini adalah refleksi penulis terhadap peristiwa pahit manis yang berlaku pada diri dan insan-insan istimewa di sekeliling beliau. Selain daripada mengutip hikmah yang tersembunyi di sebalik ujian, buku ini juga dijadikan penguat semangat oleh penulis bagi memaknai hidup...


Hidup yang telah diberikan peluang kali kedua oleh Tuhan.

Monday, 27 November 2017

Kenapa Cikgu Shida terjun ke dunia penulisan?




Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: Cikgu Shida

Kemahiran saya selama ini adalah membedah katak dan tikus. Tanpa dipinta saya diuji dengan ujian kesakitan dimana selama hampir 6 tahun berturut-turut saya terpaksa keluar masuk hospital untuk menjalani pembedahan demi pembedahan.

Allah memberikan saya peluang kedua untuk lebih dekat kepada-Nya. Saya pernah koma. Saya pernah berada di alam barzakh untuk seketika.

Dalam kesakitan saya membuat keputusan untuk mengembara di bumi Allah ini . Salah satu cara saya merehatkan minda disamping sujud memohon pertolongan Allah agar memberi diri ini ketenangan.

Apabila saya jatuh sakit, saya ditekan oleh pihak tertentu dan membuatkan saya merasa tertekan.

Di dalam keadaan tertekan, Allah telah menghantar insan-insan mulia yang menggerakkan hati saya untuk menukilkan kisah saya.

Bermula dari 0, saya dibimbing oleh tuan zamri dan terlahirlah buku pertama saya CIKGU BACKPACKER. 

Saya doakan pembaca buku ini sentiasa di dalam lingungan rahmat dan kasihsayang Allah. 

Terima kasih pada Tuan Zamri Mohamad yang telah sudi membimbing saya . Pada suami, anak dan keluarga yang sudi membantu. Tidak lupa pada Uztaz Wan Zamri bin Abdullah kerana sudi berkongsi ilmu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga untuk insan-insan yang memberi sumbangan idea dan  sokongan moral sehingga terhasilnya buku ini.


Saya cuba menyampaikan cerita dengan cara penulisan santai semoga pembaca dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan.

Saturday, 25 November 2017

Cikgu Shida terjun ke dunia penulisan

Teks: sahida sohor@cikgu shida@ cikgu backpacker@hjh zalida s.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@ cikgu backpacker@ hjh zalida s.s.

Selama ini cikgu shida hanya pandai membedah katak dan tikus. Sesuatu telah berlaku di dalam kehidupan cikgu shida.

Cikgu shida ditekan dan merasa tertekan. Seseorang telah hadir di dalam hidup cikgu shida pada waktu yang tepat. Beliau menyuntik semangat cikgu shida untuk melakarkan kisah hidup cikgu shida.

"Saya guru biologi. Saya tak pandai bermain kata-kata."

"Takpe cikgu. Cikgu hadir dulu khursus penulisan. "

Pada waktu yang sama, di dalam email saya terdapat email dari tuan zamri. Email berkaitan khursus penulisan yang ditawarkan.

"Ehmm RM 390 sahaja,tak muflispun. Tak salahpun aku mencuba."

Bermula dari 0, aku dibimbing oleh tuan zamri.

Alhamdulillah terlahirnya buku pertama saya...CIkgu Backpacker. Tanpa dijangka buku pertama cikgu shida mendapat permintaan di luar jangkaan.Alhamdulillah.

Inshaa allah cikgu shida sedang merancang untuk cetak buku cikgu backpacker untuk cetakan kedua kerana cetakan pertama tidak dapat menampung permintaan.

Ini semya adalah rezeki dari Allah. Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Buku pertama cikgu shida.

Saturday, 18 November 2017

Doa aku agar dihalalkan

Rutin hidup aku berjalan seperti biasa. Seawal pagi aku sudah   bersiap-siap untuk ke hospital. Hari ini aku perlu menjalani fisioterapi. 

Sekembali dari mendapatkan rawatan dihospital, aku singgah di Pejabat Pos Bandar Tun Razak. Tujuan aku singgah di pejabat pos adalah untuk membuat penghantaran tempahan buku CIKGU BACKPACKER.

Aku begitu teruja untuk berkongsi pengalaman hidup yang pernah aku lalui melalui buku CIKGU BACKPACKER. Alhamdulillah permintaan untuk memiliki buku ini oleh kenalan FB adalah diluar dugaan.

Pada peringkat permulaannya aku mengikuti khursus penulisan hanyalah sekadar untuk memehuhi kredit hour bagi LDAP sahaja. Bila diminta menghsailkan buku kisah hidup, berpeluh cikgu biologi. Hu hu cikgu biologi mana pandai bermain kata-kata.


Aku bermula dari 0. Alhamdulillah setelah dibimbing oleh tuan Zamri aku berhasil menerbitkan buku CIKGU BACKPACKER.

Kepada pemilik buku CIKGU BACKPACKER Cikgu Shida mohon dihalalkan segala kekurangan. Cikgu Shida dari semasa ke semasa ikuti khursus-khursus berkaitan untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. 


Hu hu hari pertama. Penghantaran pertama. Memang kelam kabut. Tiada pengalaman. Cuma dapat selesaikan penghantaran tempahan untuk beberapa buah sahaja. Inshaa allah beri Cikgu Shida masa. Hu hu.

Pengalaman berada di Alam Barzakh

TEKS: HJH SAHIDA@ CIKGU SHIDA @ CIKGU BACKPACKER@ HJH ZALIDA.

FB: CIKGU SHIDA

TARIKH: 1

Sehingga kini aku masih tertanya-tanya, “Apakah yang aku lalui itu benar? …atau Apa?”


Aku berdiri di satu sudut bilik dan jelas di penglihatan, aku melihat sekujur tubuh terbaring kaku. Tubuh tersebut ditemani oleh sang suami yang begitu setia. Tanpa jemu sang suami mengharapkan agar tubuh kaku itu dapat diselamatkan sambil menadah tangan memohon doa.

Sampai di tanah perkuburan, suami meletakkan jasad aku mengiring dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.

Aku sempat melihat dan mendengar tubuh aku ditimbus tanah. Melihat dan mendengar kaki- kaki yang memijak-mijak tanah yang menimbus aku. Seterusnya melihat dan mendengar mereka yang ada di sekitar tempat aku disemadikan membaca talkin untuk aku. Ingatan aku hanya setakat melihat dan mendengar derapan kaki mereka meninggalkan aku. Selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku.
Sampai di tanah perkuburan, suami meletakkan jasad aku mengiring dalam keadaan mengadap ke arah kiblat.
Aku sempat melihat dan mendengar tubuh aku ditimbus tanah. Melihat dan mendengar kaki- kaki yang memijak-mijak tanah yang menimbus aku. Seterusnya melihat dan mendengar mereka yang ada di sekitar tempat aku disemadikan membaca talkin untuk aku. Ingatan aku hanya setakat melihat dan mendengar derapan kaki mereka meninggalkan aku. Selepas itu aku tak tahu apa yang berlaku.

# Petikan dari buku CIKGU BACKPACKER#

Alhamdulillah aku dipilih oleh Allah merasai seketika pengalaman berada dialam barzakh. Sehingga kini aku masih tertanya-tanya apa yang aku lalui ini benar atau apa?

Pembaca blog ini boleh mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada Cikgu Shida. Kenapa Cikgu Shida berada di alam barzakh? 

Semua persoalan ini dapat diuraikan dengan membaca buku Cikgu BACKPACKER hasil karya Cikgu Shida. 

Seorang guru biologi. Di pilih Allah merasai pengalaman berada di alam barzakh.

Semoga dengan membaca buku ini dapat memberi keinsafan kepada diri sendiri dimana kita adalah insan yang lemah.

Firman Allah swt dalam Al-Quran :
Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117

Tuesday, 14 November 2017

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah saya memulakan bicara. Alhamdulillah...
Impian bertukar realiti. Syukur ke hadrat Illahi. Buah hati pengarang jantung kini sudah berada di hadapan mata. Begitu teruja dan adakala rasa kurang percaya. 

Saya seorang guru biologi yang tidak mahir bermain kata-kata. Atas sunikan semangat Cikgu Abdul Razak Husin, saya telah menghadiri khursus penulisan kisah hidup. Mulanya saya menghadiri khursus tersebut sekadar untuk memenuhi jam kredit LDAP sahaja.

Tuan Zamri telah mengubah minda saya bahawa seorang guru biologi juga mampu menjadi seorang penulis. Atas bimbingan Tuan Zamri saya telah mampu menghasilkan buku pertama saya CIKGU BACKPACKER. Terima kasih Tuan Zamri dan Cikgu Abdul Razak Husin.


Alhamdulillah buku pertama dah siap dicetak pada 14 november 2017. Hadiah ulang tahun perkahwinan. Nama samaran yang saya gunakan iaitu Hjh Zalida S.S merupakan cantuman nama saya, suami dan anak. Ada kisah disebalik nama Zalida.

Sebelum mendirikan rumah tangga, suami telah mencantumkan nama saya dan beliau dan memberitahu saya andainya jika kami memperolehi cahaya mata maka kami akan namakan Zalida.
Malangnya apabila lahir anak perempuan kami, kami namakan anak kami sebagai Nur Ili Shazwani.
Untuk mengembalikan semula nostalgia lama maka saya gunakan nama Zalida untuk buku pertama saya. Gelaran Hjh pula untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa dekat dengan Allah.S.S pula adalah singkatan bagi nama asal saya, Sahida binti Sohor.



Alhamdulillah bayaran pertama yang saya perolehi untuk buku pertama saya dari Tuan Haji Azmi, Terima kasih tuan Haji Azmi.

Monday, 13 November 2017

Impian bertukar menjadi realiti

Salam Puan.
Insya-Allah buku Puan akan dihantar pada hari esok.
Boleh saya dapatkan semula alamat penghantara.

Alhamdulillah. Impian bertukar realiti.Bagai tak percaya. Aku membaca mesej yang dihantar oleh Tuan Affifudin dari Senang Terbit berulang kali. Esok inshaa allah buku pertama saya akan berada di dalam gengaman. Didoakan agar buku ini dapat diterima oleh pembaca. Buku kisah hidup. Pengalaman sebenar yang aku lalui idalam menempuhi ujian kesakitan. Aku redha. Hikmah darinya seorang guru biologi mampu menghasilkan buku kisah hidup di bawah bimbingan tuan Zamri.



Travelling itu perlu lebih spontan. Yang dinikmati itu justeru prosesnya dan kejutan-kejutan yang mungkin muncul."

Sepertimana dialog yang diungkapkan oleh Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 pada tahun 2016, begitulah jua pengalaman yang penulis tempuhi dalam setiap kembara secara backpack di luar negara.

Kembara di setiap negara ini penuh dengan warna-warni dan kejutan-kejutan yang tak pernah terlintas di fikiran. Contohnya, ketika penulis dan suami menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah dan Madinah. Walaupun dalam keadaan sakit tak berupaya, Allah mendatangkan pertolongan demi pertolongan melalui insan sekeliling. Begitu juga ketika mengembara ke bumi Sakura. Walaupun pertama kali menjejakkan kaki ke sini, segala urusan terasa mudah dengan bantuan daripada penduduknya yang berbudi bahasa. Pengalaman mengembara di Indonesia dan Vietnam juga banyak mempamerkan budaya hidup setempat serta nikmat yang wajib kita syukuri kerana dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Setiap pengalaman ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Penulis telah menterjemahkan segala perasaan sedih, tawa, nakal, sinikal, sepi, sayu dan gembira melalui tulisan-tulisan dalam buku ini. Ada waktunya, diselitkan luahan perasaan ketika emosi bercampur baur dalam menghadapi ujian kesakitan.

Kehadiran buku ini telah menguatkan sedikit sebanyak semangat penulis, melalui imbasan memori mengembara di negara orang. Semoga segala perkongsian ini memberikan manfaat kepada pembaca, kerana penulis berpegang pada kata-kata “Erti hidup pada memberi...

# BUKU BACKPACKER#