Teks: sahida sohor@cikgubackpacker@cikgu shida@ hjh zalidas.s
Fb: cikgu shida
Akhirnya di dalam kesibukan saya menguruskan berbagai perkara untuk ke luar negara...saya berkesempatan juga menyiapkan tugasan terakhir kelas asas blog dan penulisan november. Kelas ini di bawah bimbingan Cikgu Mas. Maaf Cikgu Mas atas kelewatan saya menyiapkan entri terakhir tugasan yang diberi. Entri 44.😂😂😂
Nak travel secara backpacker memang memerlukan persiapan yang rapi walaupun saya dah suami guna konsep redah dan harungi apa yang mendatang.
Saya suka cara ini sebab lebih santai. Tidak terikat dengan jadual waktu yang ketat jika ikut travel agensi.
Berbalik kepada faedah yang saya perolehi dengan mengikuti khursus asas penulisan ini, terlalu banyak.
Tapi waktu terlalu mencemburui saya . Untuk kali ini cukuplah saya katakan saya dapat kenalan baru dsn sales untuk buku pertama saya CIKGU BACPACKER.
Terima kasih abdr. Terima kasih Cikgu Mas.
Bye Malaysia.
Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts
Showing posts with label TRAVELOG. Show all posts
Saturday, 9 December 2017
Monday, 4 December 2017
Berbackpacker ke Chingmai dan Bangkok
Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@ Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S
Fb: cikgu shida
Tarikh: 4/12/17
Alhamdulillah akhirnya Cikgu Shida dah hampir berjaya siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Mas. Menyiapkan 44 entri dalam tempoh 30 hari.
Ini adalah entri Cikgu Shida yang ke 33. Ha Ha hilang stress. Esok kena buat ulasan pula tentang apa yang Cikgu Shida dapat dalam khursus selama 30 hari bersama Cikgu Mas.
Ingat nak siapkan malam ni tapi rasanya tak dapat. Otak Cikgu Shida dah jem.
Cikgu Shida kerling ke sebelah. Hu hu longakan baju dan barang keperluan dan keperlan dah meronta minta dimasukkan ke dalam beg.
Hujung minggu ini Cikgu Shida nak berbackpacker ke Chiangmai dan Bangkok selama 11 hari. Doakan keselamatan Cikgu Shida sekeluarga ya.
Balik dari berbackpacker nanti Cikgu Shida tuliskan pengalaman Cikgu Shida disana.
Ehmm...apa yang ada di Chiang Mai dan Bangkok?
Orang kata shopping. RM tengah merundum sekarang. Dapat mengembara menikmati keindahan alam ciptaan Allahpun sudah mencukupi bagi Cikgu Shida.
Sudah baik sangat dapat melupakan kesakitan buat seketika dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama suami dan anak.
Fb: cikgu shida
Tarikh: 4/12/17
Alhamdulillah akhirnya Cikgu Shida dah hampir berjaya siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Mas. Menyiapkan 44 entri dalam tempoh 30 hari.
Ini adalah entri Cikgu Shida yang ke 33. Ha Ha hilang stress. Esok kena buat ulasan pula tentang apa yang Cikgu Shida dapat dalam khursus selama 30 hari bersama Cikgu Mas.
Ingat nak siapkan malam ni tapi rasanya tak dapat. Otak Cikgu Shida dah jem.
Cikgu Shida kerling ke sebelah. Hu hu longakan baju dan barang keperluan dan keperlan dah meronta minta dimasukkan ke dalam beg.
Hujung minggu ini Cikgu Shida nak berbackpacker ke Chiangmai dan Bangkok selama 11 hari. Doakan keselamatan Cikgu Shida sekeluarga ya.
Balik dari berbackpacker nanti Cikgu Shida tuliskan pengalaman Cikgu Shida disana.
Ehmm...apa yang ada di Chiang Mai dan Bangkok?
Orang kata shopping. RM tengah merundum sekarang. Dapat mengembara menikmati keindahan alam ciptaan Allahpun sudah mencukupi bagi Cikgu Shida.
Sudah baik sangat dapat melupakan kesakitan buat seketika dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama suami dan anak.
Sunday, 3 December 2017
Travelog ke Brunei
Brunei?
Ada apa dengan Brunei?
Memang ramai yang tertanya-tanya
apabila kali ini aku memilih untuk meneruskan langkahku ke Brunei.
Seperti biasa, aku memilih negara
Brunei kerana faktor jarak di mana aku tidak perlu berada di perut kapal
terbang dalam tempoh masa yang lama. Perjalanan hanya memakan masa lebih kurang
2 jam sahaja.
Tujuan aku ke Brunei adalah untuk
merehatkan fikiran yang tertekan dengan tindakan daripada pihak tertentu. Pada
waktu yang sama, aku terpaksa timbangkan faktor kesihatan fizikal yang berada
dalam keadaan tidak memuaskan.
Kali ini aku ke Brunei tanpa suami
tercinta di sisi, sebaliknya bersama dua orang kakak dan anak dara kesayangan
kami.
Agak mengecewakan apabila di
saat-saat akhir, jadual penerbangan kami ditunda lewat 1 jam dan pintu untuk
pelepasan juga ditukar. Amat memenatkan apabila kami terpaksa berjalan kaki
pada jarak yang jauh untuk pergi ke gate pelepasan yang baru.
Pada waktu tersebut, hujan sedang
lebat. Kapal terbang kami berlegar-legar dalam waktu yang agak lama sebelum
berlepas. Pada masa itu aku sudah merasa cuak. Jika diikutkan hati, ingin
sahaja aku turun dari kapal terbang dan pulang ke rumah.
Saturday, 2 December 2017
Travelog ke Vietnam
Kesakitan
bukanlah penyebab untuk kita tidak menikmati hidup...
Salah satu cara aku melawan kesakitan adalah dengan
cara membuat aktiviti backpacker ke beberapa negara bersama suami dan seorang
anak perempuan remaja. Backpacker bermaksud mengembara ke luar negara tanpa
menggunakan khidmat travel agensi. Cara ini dipilih kerana lebih santai dan
tidak perlu terikat dengan jadual perjalanan yang ketat.
Negara pertama yang dipilih adalah Vietnam atau lebih
tepat lagi ke bandar Ho Chi Minh. Ho Chi Minh dipilih kerana jarak
perjalanannya mengambil masa yang singkat. Ini bersesuaian dengan keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan ketika itu.
Ho Chi Minh adalah syurga membeli belah. Itulah
sebenarnya perkara yang menarik perhatian. Tetapi bukan itu tujuan utama.
Aku ingin mengenali masyarakat Vietnam dengan lebih
dekat. Pelbagai maklumat yang diperolehi melalui lisan dan media sosial
berkaitan Vietnam. Kali ini biarlah dua pasang mata ini yang menjadi saksi
kebenarannya.
Dalam keadaan kurang selesa kerana menahan kesakitan
yang mula terasa, aku selamat mendarat di bumi Vietnam. Usai urusan di lapangan
terbang Ho Chi Minh, kami terus mendapatkan teksi. Cara ini lebih selesa
berbanding menaiki bas untuk ke hotel penginapan.
Banyak blog yang
menulis berkenaan teksi yang menipu di Ho Chi Minh. Mengikut pembacaan dari sumber blog di internet, syarikat teksi yang
paling boleh dipercayai di Vetnam adalah dari Syarikat V. Jadi kami tidak mempedulikan beberapa ulat teksi yang menawarkan khidmat mereka.
Kami berusaha mencari teksi dari Syarikat V dengan berpandukan gambar yang
sudah siap dimuat turun lebih awal.
Aku mengikut nasihat yang
disarankan melalui blog yang dibaca iaitu sediakan duit kecil semasa hendak membayar kerana jika tidak bernasib baik ada
pemandu teksi yang akan berlakon tidak
mempunyai baki.Jadi awal-awal lagi aku dah pecahkan duit 100 Dong semasa dilapangan terbang dengan membeli
sedikit makanan halal untuk mengalas perut.
Travelog ke Korea pada musim salju.
Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalidas.s
Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalidas.s
Fb: cikgu shida.
Winter Sonata adalah tajuk drama korea yang begitu
popular satu masa dulu. Sudah lama aku impikan untuk menjejakkan kaki ke bumi
sonata ini, terutamanya pada musim salju. Sering terbayang dalam fikiran ini
perasaan berada di atas hamparan salji mulus yang memutih dalam suasana yang
mengasyikkan.
` Kembara ke Korea pada musim sejuk yang dipenuhi dengan
salji, menjadi idamanku sekian lama. Akhirnya
impian tercapai. Syukur padaMu Allah dengan rezeki yang Kau berikan, aku
berkesempatan menjejakkan kaki ke negara sonata ini.
Pada trip kali ini, aku
pergi bertiga bersama suami dan anak. Aku ke bumi sonata tanpa perancangan
rapi.
Setelah menahan kesakitan hampir 6 jam terpaksa duduk
tanpa dapat bergerak dengan bebas, aku tiba di Incheon Airport, Seoul pada jam
8.00 pagi. Langsung tidak aku temui pelancong berbangsa Melayu ketika itu.
Selepas mengambil luggage, kami bergegas mencari bas ke Myeongdong. Suami aku
yang tidak membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim sejuk, tidak tahan
dengan suhu yang melampau ketika itu. Beliau tidak berkesempatan membeli winter
coat dan segala aksesori musim sejuk tertinggal di Malaysia. Dalam perjalanan
ke hotel, beliau merungut kesejukan.
Membuktikan aku berada di bumi Myung Dong
Membuktikan aku berada di bumi Myung Dong
Thursday, 30 November 2017
Travelog dari Jakarta ke Bandung.
Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@zalidas.s
Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@zalidas.s
Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@zalidas.s
Fb: cikgu shida
Pada Disember 2016, aku ke
Jakarta dan Bandung bersama anak dan suami. Seperti biasa, aku tidak mengambil
pakej percutian dengan agensi pelancongan kerana inginkan
satu percutian yang santai. Keadaan kesihatan aku yang tidak begitu
mengizinkan, tidak membenarkan aku menjalani jadual perjalanan yang begitu
ketat. Tujuan utama aku bercuti adalah untuk merehatkan minda dan merapatkan
hubungan aku dengan suami dan anak. Masa kami banyak dihabiskan dengan
bersantai-santai di bilik hotel.
Mendarat sahaja di Jakarta, kami menaiki bas transit untuk ke Balai Ketibaan. Urusan kastam dan imigresen di lapangan terbang
amat mudah. Segala urusan selesai dalam masa yang
singkat. Usai urusan kami di
kastam dan imigresen selesai,
kami terus mencari
kaunter Blue Bird Group untuk menyewa kereta. Kami
mendapatkan khidmat syarikat ini kerana berpandukan maklumat di internet yang
mengatakan jika mahu ke Jakarta sebaik-baiknya gunakan khidmat teksi daripada
syarikat ini kerana boleh dipercayai.
Di
Jakarta, aku tidak menggunakan khidmat supir (pemandu), walaupun telah siap
ditempah awal semasa di Malaysia
Travelog ke Jepun tanpa menggunakan khidmat travel agensi.
Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@ hjh zalidas.s
Fb: cikgu shida
Aku terpegun melihat gumpalan awan putih yang terbentuk seperti gumpalan gula-gula kapas...
Masih belum puas menikmati musim sejuk di Korea. Aku membuat keputusan untuk merehatkan minda menikmati kedinginan musim sejuk di bumi sakura pula. Di Korea tempoh hari, aku tidak berkesempatan untuk bermain dengan salji yang putih bersih.
Selepas
7 jam menempuh perjalanan udara, akhirnya flight kami selamat mendarat di KIX
Airport Kansai. Sebelum mendarat di bumi sakura, aku
menikmati suatu pemandangan yang amat menakjubkan. Aku terpana melihat
kecantikan gumpalan awan yang memutih. Ia berbentuk seperti gumpalan gula-gula
kapas. Terasa seolah-olah sedang berada dalam cerita dongeng pada ketika itu.
Terlupa seketika kesakitan yang ditanggung akibat terlalu lama berada dalam
kapal terbang. Subhanallah, sungguh cantik sekali.
Sesampai di Jepun,
perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari pejabat pos di lapangan
terbang. Tujuan aku adalah untuk mengutip poket wifi yang sudah dibayar
terlebih dulu semasa berada di Malaysia. Aku bernasib baik. Ketika berurusan di
kaunter pejabat pos, aku terserempak dengan seorang wanita Jepun beragama Islam
yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Selepas selesai urusan menuntut wifi
di Pejabat Pos, wanita tersebut membuntuti aku ke kedai serbaneka yang berada
di bersebelahan pejabat pos. Beliau membantu aku membeli barangan makanan halal
bagi dibawa sebagai bekalan. Beliau juga menerangkan kepada aku berkaitan
makanan-makanan yang halal dimakan dan mengajarkan cara mengenalinya dengan
melihat pada label. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar makanan
tersebut sebagai sumber rujukan sepanjang berada di bumi matahari terbit
tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
