Showing posts with label CATATAN PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label CATATAN PENGALAMAN. Show all posts

Monday, 4 December 2017

Pengalaman mengerjakan umrah.

Teks: Sahida Sohor@ Cikgu Shida @Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida.

Tarikh: 4 december 2017


Alhamdullilah... Allah tidak mensia-siakan doa hambanya

Ketakutan aku untuk menjalani pembedahan menyebabkan hati ini terpanggil untuk mengerjakan umrah buat kali yang kedua. Aku benar-benar ingin menatap Kaabah puas-puas sebelum aku menjalani pembedahan. Perut yang kuusung semakin menyakitkan. Aku seolah-seolah sedang mengusung baby berusia 7 hingga 8 bulan tetapi tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.


Impian aku untuk menunaikan umrah pada cuti sekolah pada bulan Disember tahun sebelumnya, tidak kesampaian. Aku terpaksa jalani pembedahan tanpa dapat menunaikan hasratku. Aku berfikir positif, mungkin Allah tidak mahu menjemput lagi.

Pada bulan Jun tahun berikutnya, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengerjakan umrah buat kali kedua.

Sebenarnya, pembedahanku pada bulan Disember tersebut tidak berjaya dan aku terpaksa jalani sekali lagi pembedahan. Aku memujuk suami agar melepaskan aku mengerjakan umrah kali ini tanpa beliau. Ini adalah disebabkan cuti kami yang berbeza. Aku menegaskan yang aku ingin menatap Kaabah terlebih dahulu sebelum aku menjalani satu lagi pembedahan.

Kali ini aku pergi mengerjakan umrah bersama dua orang kakak dan ibu. Sesampai di Lapangan Terbang Jeddah, aku ditahan oleh staf pemeriksaan. Aku dibawa masuk ke bilik khas dan diminta untuk menyelak baju yang kupakai dan menunjukkan perut aku yang membusung. Mungkin mereka mengesyaki yang aku menyorokkan dadah kerana pada waktu tersebut, aku memakai barut khas atas arahan doktor.

Sunday, 3 December 2017

Aku redha

Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb : cikgu shida

Tarikh: 3 disember 2017


Sebagai seorang yang beragama Islam, kita mesti berpegang teguh pada janji. Janji perlu dikotakan. Tapi janji yang perlu aku kotakan ini adalah sebuah janji yang penuh dengan debaran… Antara hidup dan mati.

“Saya tak berani berjanji, cikgu. Peluang untuk pembedahan ini berjaya cuma 50% sahaja cikgu,” tutur kata doktor pakar itu masih bermain dalam fikiranku.

Aku telah berjanji untuk bersetuju bagi menjalani pembedahan yang dicadangkan apabila aku pulang dari bumi sakura.


Aku kotakan janji. Sekembali dari bumi sakura, aku telah menghadirkan diri bagi menjalani satu lagi pembedahan yang harapan, ini adalah untuk kali terakhir mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak hospital.

Ibrah di bumi Haramein.




Teks: sahida sohor@ cikgu shida @ cikgu backpacker@ hjh Zalida S.S

Fb: Cikgu Shida



Ironinya, akibat cabul mulut berbicara...sesampai sahaja di Airport Jeddah luggage beg aku tidak ditemui. Sedangkan luggage beg jemaah lain yang bersama kami semuanya ada.


Aku percaya semua ini petunjuk dari Allah. Apabila kita  ke tanah suci, dari Malaysia lagi kita kena kawal percakapan
kita. Mulut jangan celupar. Nanti Allah bayar Cash.

Luggage beg saya ditemui sebaik sahaja saya istighfar dan menadah tangan memohon keampunan Allah dengan rasa penyesalan yang teramat sangat.



Tuesday, 14 November 2017

Dari Jakarta ke Bandung

Disember 2016 saya bersama suami dan anak meneruskan pengembaraan kami.

Kali ini kami memilih bermuasafir ke negara jiran sahaja. Kesihatan aku yang tidak menentu dan kejatuhan RM adalah faktor penentu kenapa kali ini kami mengambil keputusan untuk bercuti di Indonesia. Lebih tepat lagi bercuti menghilangkan stress di Jakarta dan Bandung selama 10 hari. Biar betul, 10 hari?

Bagi sesetengah orang mungkin akan tertanya-tanya, apakah aktiviti yang boleh dilakukan selama 10 hari di Jakarta dan Bandung? Tak boring ke?

Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan.

Saya cuma berada di bumi Jakarta selama 2 hari 3 malam sahaja. Selebihnya kami menghabiskan masa di Bandung.

Ho Chi Minh dan kopi ais


Salah satu cara aku melawan kesakitan adalah dengan cara membuat aktiviti backpacker ke beberapa negara bersama suami dan seorang anak perempuan remaja. Backpacker bermaksud mengembara ke luar negara tanpa menggunakan khidmat travel agensi. Cara ini dipilih kerana lebih santai dan tidak perlu terikat dengan jadual perjalanan yang ketat.

Negara pertama yang dipilih adalah Vietnam atau lebih tepat lagi ke bandar Ho Chi Minh. Ho Chi Minh dipilih kerana jarak perjalanannya mengambil masa yang singkat. Ini bersesuaian dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ketika itu.

Ho Chi Minh adalah syurga membeli belah. Itulah sebenarnya perkara yang menarik perhatian. Tetapi bukan itu tujuan utama.Aku ingin mengenali masyarakat Vietnam dengan lebih dekat. Pelbagai maklumat yang diperolehi melalui lisan dan media sosial berkaitan Vietnam. Kali ini biarlah dua pasang mata ini yang menjadi saksi kebenarannya.

Dalam keadaan kurang selesa kerana menahan kesakitan yang mula terasa, aku selamat mendarat di bumi Vietnam. 

Ketagihan aku menikmati kopi ais di Vietnam mendorong aku membeli sebuah tumbler ( gambar tumbler tersebut saya update kemudian) . Cadangannya bila balik nanti saya ingin menikmati kopi ais Veitnam yang dibancuh sendiri. Sayangnya tidak menuntut ilmu dengan betul, kopi yang dibancuh sendiri tak sama dengan kelazatan kopi ais Vietnam L.


Monday, 13 November 2017

Panggilan Baitullah

Dengan rahmat Mu, Ya Allah, rezekikanlah diri ini untuk menjadi tetamu di dua tanah suci, Mekah dan Madinah.
"Assalamua'laikum. Boleh saya bercakap dengan Cikgu Shida?” Terdengar suara dari hujung corong telefon sana.
"Waa'laikumussalam.  Saya bercakap.” Aku bersuara.
"Rasa-rasa cam tak siapa yang bercakap ni?" Tanya lelaki itu lagi.
"Haji Faisal! Ni mesti pasal haji. Alhamdullilah. Betul ke, Haji Faisal 
tak tipukan?" Aku bertanya dengan rasa
 ingin tahu.
"Betul cikgu. Suami cikgu mana?" Jawab Haji Faisal.
"Suami saya di surau," aku membalas pertanyaan.

"Tahniah cikgu. Cikgu boleh bersiap-siap dari sekarang. Kita akan
 bertolak pada hari Jumaat,  29  September," 
sambung Haji Faisal.

Itulah saat-saat paling manis di dalam kehidupan aku. Satu
 pengalaman indah yang sukar digambarkan.
 Aku bertuah dipilih Allah menunaikan fardu haji di dalam usia 
yang agak muda.

 

MAKSUDNYA:
Daku datang memenuhi panggilanMU Ya Allah
Daku datang memenuhi panggilanMU Ya Allah
Daku datang memenuhi panggilanMU
Tiada sekutu bagiMu
Daku datang memenuhi panggilanMU
Sesungguhnya segala puji dan nikmat serta kekuasaan adalah milikMu
Tiada sekutu bagiMu

Saturday, 11 November 2017

Umrah pertama Cikgu Shida

Ibu berkata kepada suami semasa aku sedang koma,” Li, mak nak tanya sikit…”
“ Tanya apa mak?” balas suami dengan penuh kehairanan.
 “ Macam ni, sebelum Ida koma haritu…Ida selalu memberitahu mak …Ida nak sangat pergi umrah. Li, boleh janji tak…kalau Ida sedar dan dah ok….Li tolong bawa Ida  pergi umrah ya.” Terang ibu kepada suami penuh mengharap.
“Baiklah mak, kalau Ida sedar nanti saya bawa dia pergi umrah.”  

[ petikan dari buku CIKGU BACKPACKER]

Siapa sangka hikmah di sebalik ujian kesakitan. Aku koma. Aku diizinkan oleh Allah merasai seketika kehidupan di alam barzakh. Begitu menginsafkan. Serampun ada tau.

Rentetan dari itulah suami telah terbuka hati untuk membawa aku menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Dalam masa yang sama juga aku berpeluang menziarahi bumi suci bersemadinya jasad Rasullullah saw. 

Bagai tak percaya. Rasa bagai mimpi, pertama kali menjejakkan kami di airport Jeddah.

ok nanti Cikgu Shida story lebih lanjut ya. Banyak yang Cikgu Shida nak kongsikan di sini tetapi masa bagaikan mencemburui Cikgu Shida. Hu hu.

Winter Sonata

Keasyikan di bumi sonata musim salju…

`Kembara ke Korea pada musim sejuk yang dipenuhi dengan salji, menjadi idaman aku sekian lama. Akhirnya impian tercapai. Syukur padaMu Allah dengan rezeki yang Kau berikan, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke negara sonata ini.
Pada trip kali ini, aku pergi bertiga bersama suami dan anak. Aku ke bumi sonata tanpa perancangan rapi.

Setelah menahan kesakitan hampir 6 jam terpaksa duduk tanpa dapat bergerak dengan bebas, aku tiba di Incheon Airport, Seoul pada jam 8.00 pagi.

Korea selatan negara selamat. Boleh sahaja bermusafir di Korea Selatan atau lebih tepat ibunegaranya Seoul tanpa menggunakan khidmat travel agensi. Lebih menjimatkan. Jangan takut tidak pandai berbahasa korea dan risau tentang kebanyakan penduduk korea tidak dapat berkomunikasi dengan menggunakan bahasa inggeris dengan baik. Hu hu tahu tak adakala Cikgu Shida berkomunikasi dengan bahasa melayu sahaja tau di KOREA! 

Nantilah Cikgu Shida up date tip-tip mengembara ke Negara Korea secara back packer tanpa menggunakan mana-mana travel agensi. Cara ini amat menjimatkan. Seronokkan bermain salji dengan cara yang murah

Cikgu Shida akan ceritakan dan update sekali gambar-gambar Cikgu Shida semasa bercuti di Korea secara backpacker biar teruja sedikit.πŸ’–πŸ’–πŸ’–


Friday, 10 November 2017

Buku Pertama : CIKGU BACKPACKER

Aku bersyukur kerana Allah telah temukan aku dengan sesuatu yang tidak pernah terfikir di kotak fikiran aku selama ini…

S
eperti hari-hari biasa, aku membuka kotak emel. Dari atas ke bawah inbox. Ada emel daripada Air Asia, Zalora dan MAS. Emel daripada Tuan Zamri, membuat aku berhenti skrol ke bawah.

Aku klik pada subjek emel tersebut dan membacanya, "Masih ingat saya? Aku sebatang pensil… Memaksa mencari cerita dari tubuh manusia… Apa hasilnya? Belajar sesuatu? Baik… Ada sembilan sahaja tempat kosong dalam kelas Menulis Kisah Hidup Yang Sedap Dibaca…" Otakku ligat berfikir, “Bolehkah aku?”

“Aaah… angan-angan Mat Jenin. Mesti orang sekeliling akan ketawa.” Aku dalam dilema.
Sekilas terlintas di hati, “Apa salahnya jika mencuba…” Sambil memejamkan mata dan menekan butang Enter pada telefon pintar.

“Rm 390 sahaja. Tak muflis pun.” Aku berkata-kata sendirian.
Pada 20 Mei 2017, aku hadir ke kursus Tuju dan Tulis yang dianjurkan oleh Tuan Zamri. Memang tidak rugi pun. Aku dibimbing oleh Tuan Zamri dan ahli kumpulan.
Aku sudah pandai mengembangkan cerita walaupun bahasa masih tunggang langgang.

“Tulis, langgar dan edit,” kata-kata Tuan Zamri terpahat di minda.
Alhamdulillah selepas 6 bulan dari tarikh khursus, aku berjaya menerbitkan buku pertama: CIKGU BACKPACKER

Entri seterusnya Cikgu Shida nak story pula pasal pengalaman Cikgu Shida menerbitkan buku pertama secara self publish dalam tempoh 6 bulan sahaja.

Thursday, 9 November 2017

Bumi Sakura

Kembara yang menyembuhkan. Kesakitan bukanlah satu penyebab untuk anda tidak menikmati kehidupan . Kesakitan adalah ujian dari Allah. Allah menguji hambanya sebagai tanda Allah kasih dan sayang.


Huhu bersama suami dan anak di Universal Studio Japan. Ceria sekali. Tak macam orang sakit, betul tak? Ha ha yang sebenarnya sekembalinya aku dari Jepun, aku terpaksa menjalani pembedahan major tau bukan minor😭