Assalammualaikum
Saya diberi nama Sahida binti Sohor ketika lahir. Sahida bermaksud saksi dan Sohor pula bermaksud mashyur. Cantuman nama keduanya membawa maksud saksi yang termashyur. Hu hu betul ke? Inshaa Allah. Keluarga memanggil saya ida. Rakan-rakan memanggil shida. Pelajar memanggil saya Cikgu Shida. Manakala saya dipanggil dengan panggilan manja da sahaja oleh suami tersayang dan sicomel saya memanggil saya mama. Saya lebih selesa dipanggil dengan panggilan Cikgu Shida. Ehmmm...saya juga ada nama samaran tau hi hi.. Hjh Zalida S.S. itulah saya.
Boleh dikatakan saya dikenali di fb sebagai Cikgu Shida atau juga ada yang mula memanggil saya dengan nama Cikgu Backpacker. Hu hu untuk buku pertama saya pula saya guna nama samaran Hjh Zalida S.S.
Saya guna gelaran Hajah untuk sedarkan diri sendiri agar lebih dekat dengan Allah. Zalida ialah cantuman nama saya,suami dan anak. S.S pula singkatan bagi Sahida Sohor. Hu hu ada sebabnya kenapa saya terpaksa gunakan nama samaran. Nanti saya beritahu di entri saya akan datang. Tunggu ya
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar (2) Kuala Lumpur. Meneruskan pengajian di UPM sedang. 1st batch Matrikulasi UPM dan perintis Kolej Pendita Zaaba UPM Setelah memperolehi ijazah pertama di UPM saya melanjutkan pelajaran di UTM Skudai.
Saya seorang guru biologi. Tidak pandai bermain kata-kata.
Allah menguji saya. Saya koma. Saya di pilih oleh Allah merasai pengalaman berada di alam barzakh semasa koma. Saya bersyukur hikmah disebalik kesakitan.Rentetan dari itu saya ditekan dan merasa tertekan. Saya memilih untuk pencen awal atas sebab kesihatan. Untuk memenuhi masa selepas pencen saya mengikuti khursus penulisan tuan Zamri. Bermula dari 0,saya berhasil menghasilkan buku pertama saya Cikgu Backpacker. Saya juga seorang yang suka mengembara.Ehmm terpikir-pikir juga saya untuk menjana pendapatan melalui business on line. Baru nak belajar-belajar dan dalam pencarian saya, saya terjumpa dengan blog Cikgu Mas. Saya mendaftarkan diri dan saya diserap sebagai pelajar kelas november ABDR. Terima kasih Cikgu Mas.
Saya ingin akhiri hidup saya dengan menceburi bidang yang tidak pernah terfikir oleh minda saya sebelum ini.
Sebagai seorang yang suka mengembara sudah tentulah genre buku yang paling saya minati adalah buku-buku travelog.
Harapan saya melalui blog ini, saya dapat berkongsi pengalaman dalam berbagai bidang dan displin untuk memaknai hidup yang sementara ini. Kehidupan di dunia ini adalah persinggahan kehidupan yang kekal abadi.
Saya harap pembaca blog ini dapat menyokong usaha saya ini dan bersedia menhalalkan sebarang kekurangan serta memberi teguran untuk tujuan penambahbaikan.
Salam ukhwah dari Cikgu Shida.
Salam kenal cikgu. I follow u
ReplyDeleteslm cikgu shida..semoga di berkati Allah swt...
ReplyDelete