Wednesday 22 November 2017

Cikgu Shida membantu incharge persembahan pelajar

Cikgu Shida menatap kertas edaran senarai tugas hari kecemerlangan pelajar. Cikgu Shida tercari-cari apakah tugas yang akan diamanahkan oleh beliau. Persembahan pelajar?

"Takpe cikgu,cikgu tolong sahaja tengok-tengok pelajar" beritahu Pn Ong bila aku tanya apa yang perlu aku lakukan. Bedah katak pandailah. Atau suruh aku incharge pertandingan roket ke atau buat pameran sains.

Nak ajar budak menari? Hu hu...tak semua orang boleh melakukan termasuklah diri Cikgu Shida. Begitu juga tak semua orang boleh bedah katak..
Betul tak?

Akhirnya tugas aku lebih kepada memantau pelajar-pelajar tersebut ketika mereka menjalani latihan.

Persembahan pelajar di bawah bimbingan Pn Ong. Cikgu Shida cuma memantau mereka semasa latihan diadakan.

Pelajar-pelajar ini memang kreatif.

Tahniah kepada mereka.

Teruskan berusaha.

No comments:

Post a Comment