Saturday, 18 November 2017

Doa aku agar dihalalkan

Rutin hidup aku berjalan seperti biasa. Seawal pagi aku sudah   bersiap-siap untuk ke hospital. Hari ini aku perlu menjalani fisioterapi. 

Sekembali dari mendapatkan rawatan dihospital, aku singgah di Pejabat Pos Bandar Tun Razak. Tujuan aku singgah di pejabat pos adalah untuk membuat penghantaran tempahan buku CIKGU BACKPACKER.

Aku begitu teruja untuk berkongsi pengalaman hidup yang pernah aku lalui melalui buku CIKGU BACKPACKER. Alhamdulillah permintaan untuk memiliki buku ini oleh kenalan FB adalah diluar dugaan.

Pada peringkat permulaannya aku mengikuti khursus penulisan hanyalah sekadar untuk memehuhi kredit hour bagi LDAP sahaja. Bila diminta menghsailkan buku kisah hidup, berpeluh cikgu biologi. Hu hu cikgu biologi mana pandai bermain kata-kata.


Aku bermula dari 0. Alhamdulillah setelah dibimbing oleh tuan Zamri aku berhasil menerbitkan buku CIKGU BACKPACKER.

Kepada pemilik buku CIKGU BACKPACKER Cikgu Shida mohon dihalalkan segala kekurangan. Cikgu Shida dari semasa ke semasa ikuti khursus-khursus berkaitan untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. 


Hu hu hari pertama. Penghantaran pertama. Memang kelam kabut. Tiada pengalaman. Cuma dapat selesaikan penghantaran tempahan untuk beberapa buah sahaja. Inshaa allah beri Cikgu Shida masa. Hu hu.

No comments:

Post a Comment