Salah
satu cara aku melawan kesakitan adalah dengan cara membuat aktiviti backpacker ke
beberapa negara bersama suami dan seorang anak perempuan remaja. Backpacker
bermaksud mengembara ke luar negara tanpa menggunakan khidmat travel agensi.
Cara ini dipilih kerana lebih santai dan tidak perlu terikat dengan jadual
perjalanan yang ketat.
Negara
pertama yang dipilih adalah Vietnam atau lebih tepat lagi ke bandar Ho Chi
Minh. Ho Chi Minh dipilih kerana jarak perjalanannya mengambil masa yang
singkat. Ini bersesuaian dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan ketika
itu.
Ho Chi
Minh adalah syurga membeli belah. Itulah sebenarnya perkara yang menarik
perhatian. Tetapi bukan itu tujuan utama.Aku ingin mengenali masyarakat Vietnam
dengan lebih dekat. Pelbagai maklumat yang diperolehi melalui lisan dan media
sosial berkaitan Vietnam. Kali ini biarlah dua pasang mata ini yang menjadi
saksi kebenarannya.
Dalam keadaan kurang selesa kerana menahan kesakitan yang mula terasa, aku selamat mendarat di bumi Vietnam.
Ketagihan aku
menikmati kopi ais di Vietnam mendorong aku membeli sebuah tumbler ( gambar tumbler tersebut saya update kemudian) .
Cadangannya bila balik nanti saya ingin menikmati kopi ais Veitnam yang dibancuh
sendiri. Sayangnya tidak menuntut ilmu dengan betul, kopi yang dibancuh sendiri
tak sama dengan kelazatan kopi ais Vietnam L.
No comments:
Post a Comment