Monday, 27 November 2017

Kenapa Cikgu Shida terjun ke dunia penulisan?




Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: Cikgu Shida

Kemahiran saya selama ini adalah membedah katak dan tikus. Tanpa dipinta saya diuji dengan ujian kesakitan dimana selama hampir 6 tahun berturut-turut saya terpaksa keluar masuk hospital untuk menjalani pembedahan demi pembedahan.

Allah memberikan saya peluang kedua untuk lebih dekat kepada-Nya. Saya pernah koma. Saya pernah berada di alam barzakh untuk seketika.

Dalam kesakitan saya membuat keputusan untuk mengembara di bumi Allah ini . Salah satu cara saya merehatkan minda disamping sujud memohon pertolongan Allah agar memberi diri ini ketenangan.

Apabila saya jatuh sakit, saya ditekan oleh pihak tertentu dan membuatkan saya merasa tertekan.

Di dalam keadaan tertekan, Allah telah menghantar insan-insan mulia yang menggerakkan hati saya untuk menukilkan kisah saya.

Bermula dari 0, saya dibimbing oleh tuan zamri dan terlahirlah buku pertama saya CIKGU BACKPACKER. 

Saya doakan pembaca buku ini sentiasa di dalam lingungan rahmat dan kasihsayang Allah. 

Terima kasih pada Tuan Zamri Mohamad yang telah sudi membimbing saya . Pada suami, anak dan keluarga yang sudi membantu. Tidak lupa pada Uztaz Wan Zamri bin Abdullah kerana sudi berkongsi ilmu. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga untuk insan-insan yang memberi sumbangan idea dan  sokongan moral sehingga terhasilnya buku ini.


Saya cuba menyampaikan cerita dengan cara penulisan santai semoga pembaca dapat merasai apa yang ingin saya sampaikan.

No comments:

Post a Comment