Saturday 11 November 2017

Menjana pendapatan melalui allifiate marketing

Menjana pendapatan secara allifiate marketing. Ehmm apa itu? Tidak terfikir di fikiran, untuk menceburi bidang yang begitu asing bagi Cikgu Shida. Kemahiran Cikgu Shida selama ini hanyalah membedah katak dan tikus. Tidak mengapa rasanya jika sekadar mendengar sahaja. Mengambil lesen atau tidak perkara kemudian.

Cikgu Shidapun dah belajar menulis buku pertama. Buku pertama Cikgu Shida dah berjaya diterbitkan. Siapa sangka guru biologi boleh menulis buku kisah hidup. Tapi Cikgu Shida buktikan Cikgu Shida mampu walaupun buku pertama Cikgu Shida mungkin ada kekurangan. Cikgu Shida pastikan akan lakukan penambahbaikan untuk cetakan akan datang. 

Buku pertama Cikgu Shida dicetak oleh senang terbit. Diterbitkan secara self publish.

Buku Cikgu Shida ini ceritakan pengalaman sebenar Cikgu Shida. Cikgu Shida pernah koma. Mengalami kehidupan di alam barzakh. Takutkan! Rentetan dari itu, Cikgu Shida ditekan dan tertekan. Cikgu Shida mohon pertolongan Allah agar diberi ketenangan. Allah ilhamkan agar Cikgu Shida mengembara menghilangkan stress. Kembara yang menyembuhkan. Minda sihat secara tak langsung tubuh akan sihat.

Cikgu Shida sudah memohon pencen awal atas sebab kesihatan. So kalau dah nak pencen mesti ada back up income betul tak?

Hari ini, Cikgu Shida terpengaruh dengan ajakan Tasha mengikuti seminar di PICC untuk mendengar peluang menjana pendapatan secara alfiatte marketing. Seorang speaker beritahu boleh selesaikan hutang tau. Bagi Cikgu Shida sekadar untuk side income bagi membolehkan Cikgu Shida terus mengembara dan berkongsi pengalaman itu dah lebih dari cukup.

Nak tak menjana pendapatan secara alfiatte marketing dengan Cikgu Shida. Ehmm entri berikut Cikgu Shida cerita apa itu alfiatte marketing ya. Hu hu Cikgu Shida dah keletihan. Seharian berseminar hari ni. Maklumlah kesihatan Cikgu Shida perlu jaga. So Cikgu Shida nak rest dulu ya.

No comments:

Post a Comment