Ehmm MC lagi. Asyik muka yang sama sahaja.Rungut Si R yang bertugas membuat relief bagi guru-guru yang tidak datang ke sekolah.
Sakit adalah ujian dari Allah.Aku tidak pernah meminta,Namun aku redha. Aku berpegang pada kata-kata seorang uztaz, Ujian Hidup ini menandakan Allah sayang.Mungkin Allah nak hapuskan dosa kita. Biarlah mulut-mulut jahat itu berkata. Letih nanti, diamlah mereka.
Hari Selasa 7 december, pagi-pagi lagi aku bersiap-siap untuk bertolak ke hospital.Hari ini aku tidak ke sekolah.Aduh...cuti lagi.
Mesti ada insan yang tidak berpuas hati.
Namun aku melangkah juga menaiki komuter dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan Dari situ aku menaiki teksi ke HUKM Bandar Tun Razak.
Malam ini aku akan beristirehat di rumah ibu di Bandar Tun Razak
Rutin sebegini sudah lama aku lalui .Sudah melebihi 7 tahun Esok aku akan ke HUKM lagi.
"Saya cadangkan cikgu menjalani pembedahan." Alhamdulillah. Sudah lama ayat tersebut tidak keluar dari mulut seorang doktor.
Setahun sekali aku menjalani pembedahan. Selama 6 tahun berturut-turut.
Bagaimana agaknya perasaan anda dipakaikan pakaian hospital, berbaring diatas katil yang beroda?
Kemudian ditolak ke bilik pembedahan . Mata hanya melihat barisan lampu menghala kesana.
( petikan dari fb tuan Zamri ) ketika beliau menceritakan tentang kisah saya.
Hu hu kenapa tuan Zamri menceritakan kisah saya di dalam fb beliau?
Sabar. Rakan-rakan akan tahu nanti di dalam entri saya yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment