Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@ hjh zalidas.s
Fb: cikgu shida
Aku terpegun melihat gumpalan awan putih yang terbentuk seperti gumpalan gula-gula kapas...
Masih belum puas menikmati musim sejuk di Korea. Aku membuat keputusan untuk merehatkan minda menikmati kedinginan musim sejuk di bumi sakura pula. Di Korea tempoh hari, aku tidak berkesempatan untuk bermain dengan salji yang putih bersih.
Selepas
7 jam menempuh perjalanan udara, akhirnya flight kami selamat mendarat di KIX
Airport Kansai. Sebelum mendarat di bumi sakura, aku
menikmati suatu pemandangan yang amat menakjubkan. Aku terpana melihat
kecantikan gumpalan awan yang memutih. Ia berbentuk seperti gumpalan gula-gula
kapas. Terasa seolah-olah sedang berada dalam cerita dongeng pada ketika itu.
Terlupa seketika kesakitan yang ditanggung akibat terlalu lama berada dalam
kapal terbang. Subhanallah, sungguh cantik sekali.
Sesampai di Jepun,
perkara pertama yang aku lakukan adalah mencari pejabat pos di lapangan
terbang. Tujuan aku adalah untuk mengutip poket wifi yang sudah dibayar
terlebih dulu semasa berada di Malaysia. Aku bernasib baik. Ketika berurusan di
kaunter pejabat pos, aku terserempak dengan seorang wanita Jepun beragama Islam
yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Selepas selesai urusan menuntut wifi
di Pejabat Pos, wanita tersebut membuntuti aku ke kedai serbaneka yang berada
di bersebelahan pejabat pos. Beliau membantu aku membeli barangan makanan halal
bagi dibawa sebagai bekalan. Beliau juga menerangkan kepada aku berkaitan
makanan-makanan yang halal dimakan dan mengajarkan cara mengenalinya dengan
melihat pada label. Aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar makanan
tersebut sebagai sumber rujukan sepanjang berada di bumi matahari terbit
tersebut.
No comments:
Post a Comment