Tuesday 14 November 2017

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah saya memulakan bicara. Alhamdulillah...
Impian bertukar realiti. Syukur ke hadrat Illahi. Buah hati pengarang jantung kini sudah berada di hadapan mata. Begitu teruja dan adakala rasa kurang percaya. 

Saya seorang guru biologi yang tidak mahir bermain kata-kata. Atas sunikan semangat Cikgu Abdul Razak Husin, saya telah menghadiri khursus penulisan kisah hidup. Mulanya saya menghadiri khursus tersebut sekadar untuk memenuhi jam kredit LDAP sahaja.

Tuan Zamri telah mengubah minda saya bahawa seorang guru biologi juga mampu menjadi seorang penulis. Atas bimbingan Tuan Zamri saya telah mampu menghasilkan buku pertama saya CIKGU BACKPACKER. Terima kasih Tuan Zamri dan Cikgu Abdul Razak Husin.


Alhamdulillah buku pertama dah siap dicetak pada 14 november 2017. Hadiah ulang tahun perkahwinan. Nama samaran yang saya gunakan iaitu Hjh Zalida S.S merupakan cantuman nama saya, suami dan anak. Ada kisah disebalik nama Zalida.

Sebelum mendirikan rumah tangga, suami telah mencantumkan nama saya dan beliau dan memberitahu saya andainya jika kami memperolehi cahaya mata maka kami akan namakan Zalida.
Malangnya apabila lahir anak perempuan kami, kami namakan anak kami sebagai Nur Ili Shazwani.
Untuk mengembalikan semula nostalgia lama maka saya gunakan nama Zalida untuk buku pertama saya. Gelaran Hjh pula untuk mengingatkan diri sendiri agar sentiasa dekat dengan Allah.S.S pula adalah singkatan bagi nama asal saya, Sahida binti Sohor.



Alhamdulillah bayaran pertama yang saya perolehi untuk buku pertama saya dari Tuan Haji Azmi, Terima kasih tuan Haji Azmi.

2 comments:

  1. Tahniah cikgu.moga buku cikgu laris dan menjadi inspirasi bg org lain yang memerlukan semangat yg kuat spt cikgu. Aminn

    ReplyDelete
  2. Tahniah. Moga buku tu laris di pasaran. Dapat jadi panduan ramai backpacker. Dan inspirasi bagi pesakit seperti cikgu.

    ReplyDelete