Thursday 9 November 2017

Cikgu harus dibedah

"Ok...saya beri cikgu tarikh 20 november, boleh?". soal doktor. 

"20 November...saya ada apointment di Spine Clinic."

"Jika begitu kita tukar tarikh...27 december. Pembedahan minor sahaja cikgu.Inshaa allah tiada komplikasi"

Hu hu biar betul doktor ni, pembedahan minor SAHAJA?

Minor atau tidak tetap memberi ketakutan pada diri aku. Aku harap ini pembedahan terakhir bagi diri aku. Nasib baik juga 27 december 2017 sekolah dah bercuti. Jika tidak ianya akan menimbulkan kemarahan pihak pengurusan sekolah seperti pembedahan-pembedahan aku yang lalu.

Takpelah ikut sahaja cakap doktor. 27 November 2017 aku akan menjalani pembedahan minor SAHAJA😅😅😅.

Takpe Cikgu Shida, 27 November 2017 ini kita jalani pembedahan minor SAHAJA then berdoalah agar cepat sembuh. 11 december hingga 21 dec nanti kita berpackbacker ya Cikgu Shida. Kita nimati keindahan alam ciptaan tuhan.

Hu hu Cikgu Shida asyik tulis entri pasal sakit, bila Cikgu Shida nak story pasal kembara pula.Bukan ke  Cikgu Shida suka mengembara.

Hu hu cakap sakit tapii kenapa pula story pasal kembara.
Sebenarnya berbackpacker bersama suami dan anak boleh hilangkan stress. Cubalah kalau tak percaya.

Ok entri Cikgu Shida seterusnya cerita pasal kembara pula ya dan tip-tip yang Cikgu Shida akan kongsikan untuk mengembara.

No comments:

Post a Comment