Friday 24 November 2017

Cikgu Shida memilih untuk bercuti

"Assalammualaikum. Saya dari klinik surgeri. Cikgu perlu lapor diri ke surgeri klinik pukul 7.30 pagi Isnin 27 November 2017."

Hu hu ...

" Puan...saya dah ubah tarikh pembedahan saya."

"Tapi cikgu...kami tak dimaklumkan. Boleh saya tahu kenapa cikgu tukar tarikh pembedahan?"

" Saya ingin bercuti keluar negara pada 10 december 2017. Saya bimbang jika saya jalani pembedahan, luka pembedahan saya masih belum sembuh pada tarikh saya akan berangkat keluar negara,"

Ha ha ...pening kepala doktor dan juru rawat jika dapat 100 orang pesakit seperti saya. Suka-suka hati sahaja menukar tarikh pembedahan.

Maafkan saya. Saya belum bersedia. 

Mohon dibenarkan saya merehatkan minda dan tubuh badan terlebih dahulu doktor.

Balik dari bercuti, saya akan serahkan diri saya untuk dibedah. Doktor macam tak biasa. Hospital dah menjadi rumah kedua saya. Hu hu.

Saya redha. Saya anggap semua ini ujian Allah. Inshaa allah aku percaya, aku diuji dengan kesakitan kerana Allah sayangkan aku dan memberi aku peluang untuk terhapus dosa dengan menanggung kesakitan di dunia,

Sakit semasa sakaratul maut lebih sakit.

Didoakan agar diri saya sentiasa redha dan tabah dengan ujian Allah.

Tak sabar rasanya nak spend quality time with my husband anad daughter. Bertiga sahaja tau. Secara backpacker selama 11 hari.

Entiri seterusnya saya bagi tip dan pos gambar-gambar menarik semasa percutian secara backpacker saya dan keluarga.

Doakan urusan kami dipermudahkan ya, 



No comments:

Post a Comment