Saturday 25 November 2017

Cuti persekolahan 2017

Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S
Fb: Cikgu Shida

Jumaat 24 dec 2017...bermulanya cuti persekolahan. Anak-anak remaja di usia persekolahan merasa begitu teruja. Berbagai rancangan yang telah mereka buat untuk menghabiskan masa cuti mereka.

Bagi keluarga yang berkemampuan akan membawa anak-anak ini bercuti ke luar negara. Bagi yang kurang berkemampuan sekadar bercuti di dalam negara sahaja.

Berkemampuan di sini bukan diukur sekadar dengan wang ringgit sahaja tetapi ukuran juga bergantung kepada masa. Ada ibubapa yang tidak dapat bercuti pada hujung-hujung tahun ini kerana kekangan masa walaupun mempunyai wang ringgit yang melebihi keperluan.

Berbalik semula kepada kepercayaan kita sebagai orang islam, samada kita mampu atau tidak membawa keluarga bercuti pada hujung tahun bergantung kepada rezeki yang Allah kurniakan. Rezeki bukan dari segi wang ringgit sahaja tetapi rezeki juga termasuklah kelapangan masa dan kesihatan yang baik.

Bercuti krluar negara atau sekadar di dalam negara sahaja tak penting tetapi yang pentingnya bagaimana kita menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Keluarga yang marwadah dan sakinah juga adalah rezeki dari Allah.

Sebagai warga pendidik,saya ingin menarik perhatian di sini...cuti persekolahan, pelajar sekolah bercuti...adakah cikgu juga turut bercuti!!!

😂😂😂😂😂😅😅😅

No comments:

Post a Comment