Saturday 25 November 2017

cikgu shida rindu anak angkat korea

Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalidas.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@ hjh zaluda s.s

Bangun pagi hari tiba-tiba aku merasakan suatu kehilangan. Kehilangan dan kerinduan yang secara tiba-tiba menyelinap di hati.

Sudah menjadi kebiasaan bagi diri aku pula untuk beberapa hari...
" nurul,jiheon...ciheoun !!!

Turun cepat!

Mana dan ayah lambat dah ni...bla...bla..bla

Rumah yang sunyi sepi setiap pagi, tiba-tiba riuh rendah dengan suara teriakan cikgu shida memanggil ketiga-tiga anak kesayangan beliau supaya cepat bersiap untuk ke sekolah.

Si dara kesayangan cikgu shida begitu gembira untyk beberapa hari ini kerana hajat beliau untuk mempunyai kakak kesampaian.

Cikgu shida pula begitu teruja memperolehi anak-anak cute yang dapat-dapat terus dah besar.

Ini semua adalah penangan anak kesayangan cikgu shida yang berurusan dengan guru sekolah beliau untuk mendapatkan kakak angkat korea dalam program pertukaran pelajar.
Si anak angkat di sekolah.
Anak angkat bergambar bersama cikgu shida dan jiran sebelah rumah.S


1 comment:

  1. Bestnya cikgu dapat anak angkat Korea. Pertukaran pelajar tahun ni ke?

    ReplyDelete