Saturday 25 November 2017

Cikgu Shida terjun ke dunia penulisan

Teks: sahida sohor@cikgu shida@ cikgu backpacker@hjh zalida s.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@ cikgu backpacker@ hjh zalida s.s.

Selama ini cikgu shida hanya pandai membedah katak dan tikus. Sesuatu telah berlaku di dalam kehidupan cikgu shida.

Cikgu shida ditekan dan merasa tertekan. Seseorang telah hadir di dalam hidup cikgu shida pada waktu yang tepat. Beliau menyuntik semangat cikgu shida untuk melakarkan kisah hidup cikgu shida.

"Saya guru biologi. Saya tak pandai bermain kata-kata."

"Takpe cikgu. Cikgu hadir dulu khursus penulisan. "

Pada waktu yang sama, di dalam email saya terdapat email dari tuan zamri. Email berkaitan khursus penulisan yang ditawarkan.

"Ehmm RM 390 sahaja,tak muflispun. Tak salahpun aku mencuba."

Bermula dari 0, aku dibimbing oleh tuan zamri.

Alhamdulillah terlahirnya buku pertama saya...CIkgu Backpacker. Tanpa dijangka buku pertama cikgu shida mendapat permintaan di luar jangkaan.Alhamdulillah.

Inshaa allah cikgu shida sedang merancang untuk cetak buku cikgu backpacker untuk cetakan kedua kerana cetakan pertama tidak dapat menampung permintaan.

Ini semya adalah rezeki dari Allah. Alhamdulillah.



Alhamdulillah. Buku pertama cikgu shida.

No comments:

Post a Comment