Salam Puan.
Insya-Allah buku Puan akan dihantar pada hari esok.
Boleh saya dapatkan semula alamat penghantara.
Alhamdulillah. Impian bertukar realiti.Bagai tak percaya. Aku membaca mesej yang dihantar oleh Tuan Affifudin dari Senang Terbit berulang kali. Esok inshaa allah buku pertama saya akan berada di dalam gengaman. Didoakan agar buku ini dapat diterima oleh pembaca. Buku kisah hidup. Pengalaman sebenar yang aku lalui idalam menempuhi ujian kesakitan. Aku redha. Hikmah darinya seorang guru biologi mampu menghasilkan buku kisah hidup di bawah bimbingan tuan Zamri.
Travelling
itu perlu lebih spontan. Yang dinikmati itu justeru prosesnya dan kejutan-kejutan
yang mungkin muncul."
Sepertimana dialog
yang diungkapkan oleh Rangga dalam filem Ada Apa Dengan Cinta 2 pada tahun 2016, begitulah jua pengalaman yang penulis tempuhi dalam setiap
kembara secara backpack di luar negara.
Kembara
di setiap negara ini penuh dengan warna-warni dan kejutan-kejutan yang tak
pernah terlintas di fikiran. Contohnya, ketika penulis dan suami menunaikan
ibadah haji di tanah suci Mekah dan Madinah. Walaupun dalam keadaan sakit tak
berupaya, Allah mendatangkan pertolongan demi pertolongan melalui insan
sekeliling. Begitu juga ketika mengembara ke bumi Sakura. Walaupun pertama kali
menjejakkan kaki ke sini, segala urusan terasa mudah dengan bantuan daripada
penduduknya yang berbudi bahasa. Pengalaman mengembara di Indonesia dan Vietnam
juga banyak mempamerkan budaya hidup setempat serta nikmat yang wajib kita
syukuri kerana dimiliki oleh rakyat Malaysia.
Setiap
pengalaman ini ada keistimewaannya yang tersendiri. Penulis telah
menterjemahkan segala perasaan sedih, tawa, nakal, sinikal, sepi, sayu dan
gembira melalui tulisan-tulisan dalam buku ini. Ada waktunya, diselitkan luahan
perasaan ketika emosi bercampur baur dalam menghadapi ujian kesakitan.
Kehadiran buku ini telah menguatkan sedikit sebanyak semangat penulis, melalui imbasan memori mengembara di negara orang. Semoga segala perkongsian ini memberikan manfaat kepada pembaca, kerana penulis berpegang pada kata-kata “Erti hidup pada memberi...”
# BUKU BACKPACKER#

No comments:
Post a Comment