Ibu berkata kepada suami semasa
aku sedang koma,” Li, mak nak tanya sikit…”
“ Tanya apa mak?” balas suami
dengan penuh kehairanan.
“ Macam ni, sebelum Ida koma haritu…Ida selalu
memberitahu mak …Ida nak sangat pergi umrah. Li, boleh janji tak…kalau Ida
sedar dan dah ok….Li tolong bawa Ida pergi umrah ya.” Terang ibu kepada suami penuh
mengharap.
“Baiklah mak, kalau Ida sedar
nanti saya bawa dia pergi umrah.”
[ petikan dari buku CIKGU BACKPACKER]
Siapa sangka hikmah di sebalik ujian kesakitan. Aku koma. Aku diizinkan oleh Allah merasai seketika kehidupan di alam barzakh. Begitu menginsafkan. Serampun ada tau.
Rentetan dari itulah suami telah terbuka hati untuk membawa aku menunaikan umrah di tanah suci Mekah. Dalam masa yang sama juga aku berpeluang menziarahi bumi suci bersemadinya jasad Rasullullah saw.
Bagai tak percaya. Rasa bagai mimpi, pertama kali menjejakkan kami di airport Jeddah.
ok nanti Cikgu Shida story lebih lanjut ya. Banyak yang Cikgu Shida nak kongsikan di sini tetapi masa bagaikan mencemburui Cikgu Shida. Hu hu.
No comments:
Post a Comment