Saturday 2 December 2017

Travelog ke Korea pada musim salju.

Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalidas.s

Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalidas.s

Fb: cikgu shida.

Winter Sonata adalah tajuk drama korea yang begitu popular satu masa dulu. Sudah lama aku impikan untuk menjejakkan kaki ke bumi sonata ini, terutamanya pada musim salju. Sering terbayang dalam fikiran ini perasaan berada di atas hamparan salji mulus yang memutih dalam suasana yang mengasyikkan.

`           Kembara ke Korea pada musim sejuk yang dipenuhi dengan salji, menjadi idamanku sekian lama. Akhirnya impian tercapai. Syukur padaMu Allah dengan rezeki yang Kau berikan, aku berkesempatan menjejakkan kaki ke negara sonata ini.

            Pada trip kali ini, aku pergi bertiga bersama suami dan anak. Aku ke bumi sonata tanpa perancangan rapi.


Setelah menahan kesakitan hampir 6 jam terpaksa duduk tanpa dapat bergerak dengan bebas, aku tiba di Incheon Airport, Seoul pada jam 8.00 pagi. Langsung tidak aku temui pelancong berbangsa Melayu ketika itu. Selepas mengambil luggage, kami bergegas mencari bas ke Myeongdong. Suami aku yang tidak membuat persiapan rapi bagi menghadapi musim sejuk, tidak tahan dengan suhu yang melampau ketika itu. Beliau tidak berkesempatan membeli winter coat dan segala aksesori musim sejuk tertinggal di Malaysia. Dalam perjalanan ke hotel, beliau merungut kesejukan.

Membuktikan aku berada di bumi Myung Dong


No comments:

Post a Comment