Kesakitan
bukanlah penyebab untuk kita tidak menikmati hidup...
Salah satu cara aku melawan kesakitan adalah dengan
cara membuat aktiviti backpacker ke beberapa negara bersama suami dan seorang
anak perempuan remaja. Backpacker bermaksud mengembara ke luar negara tanpa
menggunakan khidmat travel agensi. Cara ini dipilih kerana lebih santai dan
tidak perlu terikat dengan jadual perjalanan yang ketat.
Negara pertama yang dipilih adalah Vietnam atau lebih
tepat lagi ke bandar Ho Chi Minh. Ho Chi Minh dipilih kerana jarak
perjalanannya mengambil masa yang singkat. Ini bersesuaian dengan keadaan
kesihatan yang tidak mengizinkan ketika itu.
Ho Chi Minh adalah syurga membeli belah. Itulah
sebenarnya perkara yang menarik perhatian. Tetapi bukan itu tujuan utama.
Aku ingin mengenali masyarakat Vietnam dengan lebih
dekat. Pelbagai maklumat yang diperolehi melalui lisan dan media sosial
berkaitan Vietnam. Kali ini biarlah dua pasang mata ini yang menjadi saksi
kebenarannya.
Dalam keadaan kurang selesa kerana menahan kesakitan
yang mula terasa, aku selamat mendarat di bumi Vietnam. Usai urusan di lapangan
terbang Ho Chi Minh, kami terus mendapatkan teksi. Cara ini lebih selesa
berbanding menaiki bas untuk ke hotel penginapan.
Banyak blog yang
menulis berkenaan teksi yang menipu di Ho Chi Minh. Mengikut pembacaan dari sumber blog di internet, syarikat teksi yang
paling boleh dipercayai di Vetnam adalah dari Syarikat V. Jadi kami tidak mempedulikan beberapa ulat teksi yang menawarkan khidmat mereka.
Kami berusaha mencari teksi dari Syarikat V dengan berpandukan gambar yang
sudah siap dimuat turun lebih awal.
Aku mengikut nasihat yang
disarankan melalui blog yang dibaca iaitu sediakan duit kecil semasa hendak membayar kerana jika tidak bernasib baik ada
pemandu teksi yang akan berlakon tidak
mempunyai baki.Jadi awal-awal lagi aku dah pecahkan duit 100 Dong semasa dilapangan terbang dengan membeli
sedikit makanan halal untuk mengalas perut.
No comments:
Post a Comment