Saturday, 9 December 2017

Terimakasih abdr...khursus asas penulisan blog nov

Teks: sahida sohor@cikgubackpacker@cikgu shida@ hjh zalidas.s
Fb: cikgu shida

Akhirnya di dalam kesibukan saya menguruskan berbagai perkara untuk ke luar negara...saya berkesempatan juga menyiapkan tugasan terakhir kelas asas blog dan penulisan november. Kelas ini di bawah bimbingan Cikgu Mas. Maaf Cikgu Mas atas kelewatan saya menyiapkan entri terakhir tugasan yang diberi. Entri 44.😂😂😂

Nak travel secara backpacker memang memerlukan persiapan yang rapi walaupun saya dah suami guna konsep redah dan harungi apa yang mendatang.

Saya suka cara ini sebab lebih santai. Tidak terikat dengan jadual waktu yang ketat jika ikut travel agensi.

Berbalik kepada faedah yang saya perolehi dengan mengikuti khursus asas penulisan ini, terlalu banyak.

Tapi waktu terlalu mencemburui saya . Untuk kali ini cukuplah saya katakan saya dapat kenalan baru dsn sales untuk buku pertama saya CIKGU BACPACKER.

Terima kasih abdr. Terima kasih Cikgu Mas.

Bye Malaysia.

Monday, 4 December 2017

Berbackpacker ke Chingmai dan Bangkok

Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@ Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida

Tarikh: 4/12/17


Alhamdulillah akhirnya Cikgu Shida dah hampir berjaya siapkan tugasan yang diberikan oleh Cikgu Mas. Menyiapkan 44 entri dalam tempoh 30 hari.

Ini adalah entri Cikgu Shida yang ke 33. Ha Ha hilang stress. Esok kena buat ulasan pula tentang apa yang Cikgu Shida dapat dalam khursus selama 30 hari bersama Cikgu Mas.

Ingat nak siapkan malam ni tapi rasanya tak dapat. Otak Cikgu Shida dah jem. 

Cikgu Shida kerling ke sebelah. Hu hu longakan baju dan barang keperluan dan keperlan dah meronta minta dimasukkan ke dalam beg.

Hujung minggu ini Cikgu Shida nak berbackpacker ke Chiangmai dan Bangkok selama 11 hari. Doakan keselamatan Cikgu Shida sekeluarga ya.

Balik dari berbackpacker nanti Cikgu Shida tuliskan pengalaman Cikgu Shida disana.

Ehmm...apa yang ada di Chiang Mai dan Bangkok?

Orang kata shopping. RM tengah merundum sekarang. Dapat mengembara menikmati keindahan alam ciptaan Allahpun sudah mencukupi bagi Cikgu Shida.

Sudah baik sangat dapat melupakan kesakitan buat seketika dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama suami dan anak.

Menyerahkan buku CIKGU BACKPACKER ke Perpustakaan Negara Malaysia.

Teks: Sahida Sohor@CikguShida@ Cikgu Backpacker@ Hjh Zalida S.S

Gambar: Sahida Sohor@CikguShida@ Cikgu Backpacker@ Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida

Tarikh : 4 dec 2017

Alhamdulillah BUKU CIKGUBACPACKER telah berjaya diserahkan ke Perpustaakaan Negara Malaysia. Tujuan buku tersebut diserahkan ke Perpustakaan Negara adalah untuk memenuhi syarat bagi mendapatkan ISBN.

Buku CIKGU BACKPACKER telah berjaya dijual 96 peratus dan kini sedang merancang untuk cetakan kedua dengan penambah baikan. Opps...Cikgu Shida nak berbackpacker dulu ya. Balik dari backpacker baru Cikgu Shida membuat penambah baikan untuk cetakan kedua.

Doakan permintaan untuk cetakan kedua juga laris seperti goreng pisang panas ya.

Buku CIKGU BACKPACKER  menceritakan ketabahan Cikgu Shida sendiri melawan kesakitan dengan cara Cikgu Shida tersendiri. Bersama My Hubby and My Daughter saya  Cikgu Shida mengembara di bumi Allah untuk melupakan kesakitan . Cikgu Shida percaya bahawa kesakotan adalah satu ujian dari Allah yang terkandung hikmah yang terlalu manis untuk dikecapi.



Terima kasih.

`Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@HjhbZalida S.S

Gambar: Hakim Murali

Fb: cikgu shida

Tarikh: 4/12/17


" Siapa tak teruja bila cikgu kesayangan zaman sekolah dulu kini bergelar penulis 😍😍😍. Terima kasih cikgu untuk buku yang istimewa ni. Tak sabar nak baca hasil nukilan cikgu." Hakim Murali.

Hakim Murali adalah pelajar yang saya ajar pada tahun 2003. Pada masa itu hakim berada di tingkatan lima. Saya mengajar hakim mata pelajaran biologi.

Kini hakim merupakan bapa kepada 2 orang anak. Yang terharunya walaupun hakim telah lama meninggalkan bangku sekolah tetapi hakim masih mengingati Cikgu Biologi yang pada ketika itu suka jamu pelajar kelas mereka makan ketam.

Terima kasih Hakim.💓💓💓









Berminat dapatkan hadiah?

Aku ke Mydin Senawang membeli belah barang keperluan harian.Tiba-tiba aku teringat kata- kata Tasha kepadaaku tempohari. " Akak boleh pergi ke customer sevice dan tunjukkan kad pengenalan, nanti akak akan dapat point. Bla...bla...bla"

Sebenarnya aku antara minat dengan tidak sahaja apabila Tasha menerangkan aku tentang MSS ( My kad Smart Shopper.)

Dah lama tasha mendaftarkan aku sebagai ahli. Malah aku pernah ikut Tasha ke Persidangan Altifiatte Junction yang diadakan di PICC Putra Jaya.

Hati masih berbelah bahagi. Antara tertarik dengan tidak. Tiba-tiba pagi tadi hati aku tergerak untuk mencuba.

Aku begitu teruja bukan sahaja aku dapat point untuk MSS kad. Malah aku dapat hadiah lagi sekampit beras kg. Aku teruja dengan bungkusannya yang cute. Ha ha kelakarkan aku. Terus aku memberitahu suami, " Bang, lepas ni kita tak payah beli beras lagi. Kita just datang shopping kat sini sahaja. Dapat beras free."

Ha ha nantilah aku ceritakan bagaimana nak dapatkan sekampit beras free atau boleh whatsup aku 0172674129. Boleh juga kalau nak tahu bagaimana nak jana pendapatan dengan Alfiatte Junction.

Ha ha aku ni kaki travel. Boleh dapat diskaun dan point juga untuk kita tempah hotel, flight air asia beli barang secara online. Beras tu pula boleh bawa oversea sebab 11 dec nanti aku akan keluar negara secara back packer. Susah nak dapatkan makanan halal.

Pengalaman mengerjakan umrah.

Teks: Sahida Sohor@ Cikgu Shida @Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida.

Tarikh: 4 december 2017


Alhamdullilah... Allah tidak mensia-siakan doa hambanya

Ketakutan aku untuk menjalani pembedahan menyebabkan hati ini terpanggil untuk mengerjakan umrah buat kali yang kedua. Aku benar-benar ingin menatap Kaabah puas-puas sebelum aku menjalani pembedahan. Perut yang kuusung semakin menyakitkan. Aku seolah-seolah sedang mengusung baby berusia 7 hingga 8 bulan tetapi tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.


Impian aku untuk menunaikan umrah pada cuti sekolah pada bulan Disember tahun sebelumnya, tidak kesampaian. Aku terpaksa jalani pembedahan tanpa dapat menunaikan hasratku. Aku berfikir positif, mungkin Allah tidak mahu menjemput lagi.

Pada bulan Jun tahun berikutnya, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengerjakan umrah buat kali kedua.

Sebenarnya, pembedahanku pada bulan Disember tersebut tidak berjaya dan aku terpaksa jalani sekali lagi pembedahan. Aku memujuk suami agar melepaskan aku mengerjakan umrah kali ini tanpa beliau. Ini adalah disebabkan cuti kami yang berbeza. Aku menegaskan yang aku ingin menatap Kaabah terlebih dahulu sebelum aku menjalani satu lagi pembedahan.

Kali ini aku pergi mengerjakan umrah bersama dua orang kakak dan ibu. Sesampai di Lapangan Terbang Jeddah, aku ditahan oleh staf pemeriksaan. Aku dibawa masuk ke bilik khas dan diminta untuk menyelak baju yang kupakai dan menunjukkan perut aku yang membusung. Mungkin mereka mengesyaki yang aku menyorokkan dadah kerana pada waktu tersebut, aku memakai barut khas atas arahan doktor.

Sunday, 3 December 2017

Aku redha

Teks: Sahida Sohor@Cikgu Shida@Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb : cikgu shida

Tarikh: 3 disember 2017


Sebagai seorang yang beragama Islam, kita mesti berpegang teguh pada janji. Janji perlu dikotakan. Tapi janji yang perlu aku kotakan ini adalah sebuah janji yang penuh dengan debaran… Antara hidup dan mati.

“Saya tak berani berjanji, cikgu. Peluang untuk pembedahan ini berjaya cuma 50% sahaja cikgu,” tutur kata doktor pakar itu masih bermain dalam fikiranku.

Aku telah berjanji untuk bersetuju bagi menjalani pembedahan yang dicadangkan apabila aku pulang dari bumi sakura.


Aku kotakan janji. Sekembali dari bumi sakura, aku telah menghadirkan diri bagi menjalani satu lagi pembedahan yang harapan, ini adalah untuk kali terakhir mengikut tarikh yang ditentukan oleh pihak hospital.