Monday, 4 December 2017

Pengalaman mengerjakan umrah.

Teks: Sahida Sohor@ Cikgu Shida @Cikgu Backpacker@Hjh Zalida S.S

Fb: cikgu shida.

Tarikh: 4 december 2017


Alhamdullilah... Allah tidak mensia-siakan doa hambanya

Ketakutan aku untuk menjalani pembedahan menyebabkan hati ini terpanggil untuk mengerjakan umrah buat kali yang kedua. Aku benar-benar ingin menatap Kaabah puas-puas sebelum aku menjalani pembedahan. Perut yang kuusung semakin menyakitkan. Aku seolah-seolah sedang mengusung baby berusia 7 hingga 8 bulan tetapi tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.


Impian aku untuk menunaikan umrah pada cuti sekolah pada bulan Disember tahun sebelumnya, tidak kesampaian. Aku terpaksa jalani pembedahan tanpa dapat menunaikan hasratku. Aku berfikir positif, mungkin Allah tidak mahu menjemput lagi.

Pada bulan Jun tahun berikutnya, aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk mengerjakan umrah buat kali kedua.

Sebenarnya, pembedahanku pada bulan Disember tersebut tidak berjaya dan aku terpaksa jalani sekali lagi pembedahan. Aku memujuk suami agar melepaskan aku mengerjakan umrah kali ini tanpa beliau. Ini adalah disebabkan cuti kami yang berbeza. Aku menegaskan yang aku ingin menatap Kaabah terlebih dahulu sebelum aku menjalani satu lagi pembedahan.

Kali ini aku pergi mengerjakan umrah bersama dua orang kakak dan ibu. Sesampai di Lapangan Terbang Jeddah, aku ditahan oleh staf pemeriksaan. Aku dibawa masuk ke bilik khas dan diminta untuk menyelak baju yang kupakai dan menunjukkan perut aku yang membusung. Mungkin mereka mengesyaki yang aku menyorokkan dadah kerana pada waktu tersebut, aku memakai barut khas atas arahan doktor.

No comments:

Post a Comment