Saturday 25 November 2017

Hari terakhir persekolahan 2017

Teks: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida
Gambar: sahida sohor@cikgu shida@cikgu backpacker@hjh zalida
Fb:cikgu shida.

Jumaat 24 dec merupakan hari terakhir persekolahan bagi sesi 2017 bagi Negeri Sembilan.

Pada hari tersebut pelajar-pelajar di usia persekolahan begitu teruja untuk menikmati cuti persekolahan yang bakal menjelma.

Cikgu-cikgu pula kesemuanya begitu sibuk menyiapkan tugasan akhir untuk sesi persekolahan 2017.

Pada hari terakhir persekokahan, pelajar biasanya tidak ramai yang datang ke sekolah. Ada antara mereka yang telah mengikut keluarga mereka bercuti lebih awal.

Menjadi kelaziman, pada hari terakhir persekolahan...kawalan displin perlu diperketatkan. Akan ada nanti pelajar-pelajar nakal yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan berpesta di hari terakhir persekolahan jika kawalan yang ketat tidak dikenakan ke atas mereka.

No comments:

Post a Comment